Saturday, October 30, 2010

Kurang air dalam radiator punca enjin panas

APABILA anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Salah satu sebab ialah kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas.

Selain itu, enjin panas juga berpunca daripada paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk.
Malah, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.

Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.

Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Selepas itu, periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.

Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.

Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.

Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.

Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.

Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas.

Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas.

Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk. 

ah!!kereta


Tuesday, October 26, 2010

Tips umum beli kereta terpakai

BADAN kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin. Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat. 

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
·
SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.
·
JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.
·
TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
·
KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.
·
KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.


ah!!kereta


Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan

UNTUK menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempo yang panjang, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba kecuali dalam keadaan terdesak.

AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.

Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.

Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.

Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.

Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.

Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.

Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.

Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak.

Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik. 


ah!!kereta


Monday, October 25, 2010

Pemantap voltan auto-charge

Tahukah anda betapa pentingnya kuasa voltan terhadap pergerakan dan jangka hayat sebuah kereta? Kebanyakan masalah kereta yang timbul adalah berkaitan dengan bekalan kuasa voltan yang tidak stabil, sehingga ia berubah menjadi masalah yang serius. Biasanya, pemilik kereta selalu meminta bantuan mekanik apabila kereta bermasalah.
Namun, mereka gagal menemui sebab utama dan jalan keluar untuk menangani masalah tersebut. Apa yang menyedihkan, pemilik kereta pula terpaksa berkompromi atas masalah tersebut. Cuba anda fikirkan, "mencegah lebih baik daripada merawati", jadi, kita berbelanja demi menjaga kesihatan badan, begitu juga dengan kereta kesayangan kita. Berbelanja kecil dalam penjagaan kereta terdahulu bagai suatu pelaburan yang mendatangkan hasil pulangan yang berbaloi kepada anda kelak.


Sistem litar elektrik dan penggunaan petrol kereta juga berhubung kait sesama lain. Jika sistem litar elektrik itu usang, ia bukan saja semakin menghaus petrol kereta, penekan petrol bermasalah, kadar penghidupan enjin rendah, malah penukaran gear kereta juga tidak lancar. Kesemua masalah ini mungkin akan berlaku sebab satu kecacatan kecil yang timbul dalam sistem litar elektrik kereta.
Auto charge
Jadi, untuk mencapai tahap penggunaan kuasa voltan kereta yang optimum, anda perlukan satu sistem litar elektrik yang sempurna dan stabil. Kini, kemunculan AUTO-CHARGE, produk elektronik Jepun yang terbaru dan dihakpatenkan ini berupaya untuk membaiki kestabilan sistem litar elektrik kereta menerusi Pemantap Voltan.
Sebaik sahaja AUTO-CHARGE digunakan, kereta anda akan dikawal sempurna kerana ia berupaya mengatasi semua masalah kecil yang disebabkan oleh kuasa voltan yang tidak stabil. Satu lagi kelebihannya, cara pemasangan AUTO-CHARGE ini amat mudah. Ia akan beroperasi apabila anda menyambungkannya kepada suis pencucuh, tanpa memasang sebarang alat-alat kelengkapan pada tangki petrol yang mungkin merosakkan kereta anda.

Ciri-Ciri Khas AUTO-CHARGE
Pemantap Voltan AUTO-CHARGE merangkumi 3 sistem, yakni :
  • Sistem Pemantap Voltan
  • Sistem Doktor Bateri
  • Sistem Pengurangan Gangguan

Auto charge

Fungsi dan Keberkesanan AUTO-CHARGE

  • Menjimatkan petrol secara berkesan
  • Menstabilkan gerak balas RPM
  • Meningkatkan tork enjin (engine torque)
  • Meningkatkan kuasa motor enjin kereta
  • Mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kereta

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
Jangan buka atau ubahsuai produk demi mengelakkan sebarang kerosakan atau kecederaan.
Produk ini hanya direka bentuk untuk kereta yang berkuasa voltan 12V saja.
Jangan mencabut atau mengalihkan produk daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu.
Semasa i-CHARGE digunakan, pastikan setiap palamnya dimasukkan ke dalam soket dengan selamat.
Jika soket suis pencucuh terlonggar, ketatkan setiap mata soket sebelum ia dipasang.
Kesan penjimatan petrol adalah berbeza-beza mengikut cara memandu, iklim,
keadaan jalan raya dan jenis kereta masing-masing.

Kelebihan-kelebihan produk

  • Meningkatkan gerak balas penekan petrol dan kuasa motor enjin.
  • Mengurangkan kadar kesilapan CPU kereta, meningkatkan kecekapan peralatan elektronik kereta.
  • Melancarkan proses penukaran gear kereta
  • Membaiki dan memecutkan gerak balas motor enjin supaya lebih menjimatkan petrol.
  • Memaksimumkan kecekapan penghidupan enjin supaya berjalan lebih lancar.
  • Memanjangkan jangka hayat sistem litar elektrik dan alat-alat elektronik kereta.

kelebihan auto charge

Cara pemasangan yang mudah dan selamat digunakan. Satu pilihan DIY yang pertama
bagi pemandu wanita


  • Sesuai untuk semua jenis kereta dan motosikal.
  • Mengurangkan gangguan bunyi bising menerusi penapis gangguan bunyi, supaya menyediakan sistem bunyi yang lebih berkesan.
  • Dilengkapi dengan 2 Pelindung Fius untuk perlindungan yang lebih baik dan selamat digunakan.
  • Meningkatkan gerak balas RPM dengan kadar pecutan yang tinggi walaupun alat penyaman udara kereta dipasang pada tahap maksimum ketika cuaca panas.
  • Mengurangkan kadar pembebasan gas-gas karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC) ke udara.
  • 12 bulan waranti produk.
Maklumat lanjut mengenai produk ini sila hubungi infokereta.

ah!!kereta


Sunday, October 24, 2010

Tindakan bila asap kereta bertukar warna

LAZIMNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna kelabu dan hitam. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator.

Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup dan karburator rosak.

Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya.

Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih.

Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan mengeluarkan bau tertentu.

ah!!kereta


Periksa bateri kereta setiap minggu

BATERI adalah antara komponen yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.

Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.

Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.

Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.

Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.

Antaranya, pindahkan bateri kenderaan anda dengan meletakkannya pada lapik plastik. Anda sewajarnya membersihkan bahagian luar bateri itu terlebih dahulu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk bagi menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak itu menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya bagi menampung kerosakan. Batrepair, iaitu simen khas boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Anda perlu menunggu sehingga simen khas yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lanjut.

Selepas kerja membaiki keretakan itu selesai, anda bolehlah memasukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan.

Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas. Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan.

Perlu diingat, jika terlalu lama mengecas bateri, ia boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum. Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan sekali gus bateri kenderaan anda terpaksa ditukar.

Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.

Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas di kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

ah!!kereta


Volkswagen Cross Polo


Volkswagen Cross Polo 1.6l - RM108,888

ah!!kereta


Volkswagen Golf

Golf Plus (Rear)
Golf Plus
Golf GTi (Rear)
Golf GTI
  • Volkswagen Golf Plus 1.6l - RM165,888
  • Volkswagen Golf GTI 2.0l Mk6 - RM209,888


ah!!kereta


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...